Ok, post ni adalah sambungan kepada post Pencarian Duit Di Dunia Cyber yang lepas. Kepada kawan-kawan yang menunggu update, mohon maaf sangat-sangat. Minggu lepas terlalu sibuk, sibuk dengan macam-macam urusan. Weekend plak pergi kursus anjuran IKBN Kuala Perlis. Menarik la jugak walaupun sedikit penat. Nak update post kat umah, memang buat sakit hati ja. Internet terlampau lembab. Plan nak upgrade la, senang sikit nak wat kerja-kerja lepas ni :).
Ok, kembali kepada topik asal mengenai Pencarian Duit Di Dunia Cyber..kawan-kawan yang dah register untuk Paypal ada sebarang masalah? Kalau ada masalah, boleh terus komen disini. Saya akan cuba bantu selagi termampu. Banyak soalan tentang Paypal Unverified yang saya terima. Jangan risau pasal status unverified tu. Account boleh diverified. Nanti saya akan explain detail pasal verified account Paypal dilain masa. Walaupun account kita tak verified, kita masih boleh terima duit. Cuma, kita tak boleh buat transaction keluar. Kalau tak ada duit dalam account, buat apa nak wat transaction keluar kan? Hehehe.. Jadi, apa yang penting sekarang ialah camana nak cari duit tu?
Dari pengalaman saya, setakat ini baru satu forum yang saya join untuk mencari duit ni. Yang lain pun masih banyak lagi, tapi belum explore. So, cukupla saya kongsikan hanya pada tempat yang saya join. Digital Point (DP Forum) adalah tempat dimana saya mencari duit sampingan di dunia Cyber ni. Digital Point Forum adalah sebuah Webmaster Forum dimana segala hal perniagaan, perdagangan atau hal-hal yang melibatkan dunia internet atau cyber dibincangkan. Cara-caranya macam ni :-
(1) Klik disini untuk join forum >>Digital Point Forum<<
(2) Daftar dalam forum tersebut disini >>DP Register<<
(3) Pada "Additional Information", dibahagian "Referrer" bolehlah letak nama saya "whitemusk"
(4) Setelah mendaftar dan pendaftaran di terima, sila check e-mail kerana activation code akan dihantar melalui e-mail address anda.
(5) Setelah selesai activekan account, bolehlah pergi ke main thread DP Business - Services.
(6) Banyak service yang ditawarkan seperti Advertising, Content Creation, Design, Programming, Traffic dan Webhosting. Kawan-kawan boleh la klik pada link untuk tengok satu per satu untuk tahu dengan lebih lanjut.
(7) Bagi kawan-kawan yang seperti saya yang masih mentah dalam dunia cyber ni, boleh pergi terus ke Content Creation. Disini adalah link dimana saya mencari pendapatan sampingan dengan buat kerja-kerja yang mudah.
(8) Kerja-kerja mudah yang saya maksudkan disini adalah seperti buat post, sign-up account, buat review product, tulis article. Ini adalah kerja-kerja content, atau lebih mudah nak disebut ianya kerja penulisan. Mungkin kawan-kawan tak pandai design, tapi saya yakin sangat ramai yang boleh menulis.
(9) Kerja-kerja ini bergantung kepada offer yang ada didalam thread tu. Kawan-kawan tengok la satu per satu. Pilih kerja yang mudah yang sesuai dengan keupayaan kita. Cuba la dahulu untuk kerja yang offer rendah, contohnya 10 post untuk 1USD. Tapi perlu ingat, kawan-kawan haruslah baca kehendak orang yang offer tu terlebih dahulu. Kalau kehendaknya diluar kemampuan anda, jangan la cuba. Maksud saya macam ni. Ada pemilik-pemilik forum yang sanggup bayar kita untuk buat post didalam forum. Akan tetapi, ada juga yang mengenakan syarat-syarat yang agak sukar seperti satu post perlu lebih dari 50 words, tidak termasuk short word seperti "and", "or" atau "the". Jadi, kawan-kawan yang willing untuk dapatkan kerja, perlu yakin anda mampu melaksanakannya. Kesimpulannya disini, ukur kemampuan kita terlebih dahulu ya :).
(10) Cara nak apply kerja? Bergantung kepada orang yang offer. Jika dia berkehendak anda untuk PM (Private Message), maka anda perlu PM dia untuk dapatkan kerja tu. Jika dia tidak mahu di PM, akurlah dengan kehendak dia. Mungkin dia akan mintak kita post pada thread tu saja. Kita boleh reply di thread menyatakan kita berminat, contohnya macam ni "hi, I'm interested. Please count me in". Ini ayat saya. Kawan-kawan pasti lebih hebat dari saya, jadi gunalah ayat yang best..ehehe..
Saya rasa sudah cukup penerangan pasal cara-cara yang perlu untuk cari kerja ni. Yang lain tu banyak bergantung kepada inisiatif anda sendiri untuk explore. Saya harap kita sama-sama berjaya untuk dapatkan duit sampingan di dunia cyber ni.
Tapi perlu ingat, janganlah sampai abaikan kerja yang bos bagi ya :) . Ini cuma Pencarian Duit Di Dunia Cyber, bukan gaji bulanan kita ya..ehehe..sekadar mengingatkan diri sendiri. Ok kawan-kawan, selamat maju jaya. Jika ada sebarang kemusykilan, boleh terus comment disini, bukan di chat box ya. Terima kasih semua. Terima kasih terutama kepada saudara Izzatt kerana kebenaran untuk ambil idea ni dari web nya. Ilmu adalah rezeki untuk kita kongsi bersama. Moga kita semua dapat keberkatanNya. Petikan ayat Mr. Izzatt.
Sebelum terlupa, kawan-kawan perlu selidik terlebih dahulu tempat untuk kawan-kawan buat kerja. Cuba la elakkan join forum atau web berunsur alkohol, casino, adult content atau yang sewaktu dengannya jika kita orang Islam. Harap maklum :).