Terima Kasih - Penghormatan Dari Rakan-Rakan NismoClub

Monday, September 22, 2008

Terima Kasih yang tak terhingga kepada Rakan-Rakan Arwah yang cukup mengambil berat. Hanya Allah yang mampu membalas segalanya. Disini sedikit conversation yang aku petik dari Nismoclub Forum
____________________________________________________________________
Posted: Thu Aug 28, 2008 11:34 pm
Post subject: Membe Nismoclub "Ameq Pomen" dah Meninggal - Al Fatihah
By: Zaki_B13

Petang kemarin aku dapat call dari Ijun B13 bagitau yang salah sorang membe club dan juga merangkap pomen yang memasang enjin aku, enjin ijun, enjin hazril, enjin hadie_b13 & byk lagi enjin kemalangan di kawasan sekitar sg.buloh (tak dapat maklumat tepat).

Kitorang panggil dia Ameq (Amir) .. pomen di Jitra, Kedah. Dari info, membe dia (Sham Trueno, juga dari Kedah) yang drive keta. Xciden langgar belakang lori, Ameq parah, tapi Sham cedera ringan sebab impak teruk pada sebelah penumpang.

Difahamkan dia sedang dirawat di ICU Hospital Sg.Buloh. Pada kawan2 yang berdekatan nak menziarah, korang bleh tanya nama Amir .. asal dari Kedah. Aku akan ke sana insyaAllah pada hari Sabtu masa on the way balik kg nanti. Doakan supaya dia selamat & segera recover. Risau dok pikir sebab katanya parah. Jadual masa keja yang pack tak dapat nak ejas p sana lebih awal.
____________________________________________________________________
Posted: Thu Aug 28, 2008 11:49 pm
Post subject: Membe Nismoclub "Ameq Pomen" dah Meninggal - Al Fatihah
By: Zam_B13

Mari kita doakan semoga Ameq cepat sembuh. Baru minggu lepas jumpa kat bengkel dia....
____________________________________________________________________
Posted: Fri Aug 29, 2008 3:17 pm
Post subject: Membe Nismoclub "Ameq Pomen" dah Meninggal - Al Fatihah
By: acot

info terbaru...beliau alami gegaran otak...tempurung kepala beliau sudah dibuang...kepala beliau amat parah...mata terkena cermin...sehingga kini tak sedarkan diri....mari kite beramai2 mendoakan beliau...klau ader mase lapang...sedakah la bcaan yasin utk beliau...amin...
____________________________________________________________________
Posted: Fri Aug 29, 2008 11:19 pm
Post subject: Membe Nismoclub "Ameq Pomen" dah Meninggal - Al Fatihah
By: NOWAC

Acot,aku rasa tah yah post gambar kat sini,dari penerangan kau tu rasa amat teruk kecederaan yg amir alami....semasa tt Alor Setar tadi aku ada tengok gambar kereta...mmg dasyat teruk.
Cuma kalau masih ada ruang atau sedikit masa cuba kau update info terkini dlm thread nih...
Kita doakan semuga saudara Amir dapat kembali menjalani kehidupan yg normal....Amiiinnnn
____________________________________________________________________
Posted: Wed Sep 03, 2008 1:29 pm
Post subject: Membe Nismoclub "Ameq Pomen" dah Meninggal - Al Fatihah
By: Zaki_B13

Harapan tu memang gitu lah.... keadaan sama macam acot bagitau masa aku p tengok dia dengan Sang ari sabtu lepas. Masih buang darah beku dalam kepala/otak ... terkedu tengok taktau nak cakap per... cuma mampu sedekah al-fatihah & doa supaya dia bleh pulih kembali normal macam sediakala... Aminnnn.... Sad

Pernafasan dia stabil ... anggota badan lain takde yang patah2, semuanya OK, cedera amat parah semata-mata pada bahagian kiri kepala... tengok keta yang eksiden tu pun total lost kaw2 ... Rolling Eyes
____________________________________________________________________
Posted: Wed Sep 03, 2008 2:17 pm
Post subject: Membe Nismoclub "Ameq Pomen" dah Meninggal - Al Fatihah
By: Zam_B13

Semoga Ameq cepat sembuh dan pulih segalanya......

Ini gambar kereta yg eksiden tu (ihsan dari Kelab Toyota Utara)......zassss

______________________________________________________________
Posted: Wed Sep 03, 2008 4:34 pm
Post subject: Membe Nismoclub "Ameq Pomen" dah Meninggal - Al Fatihah
By: aYeN SsS

semoga ameq cepat sembuh amin... aku pun dpt call drp.. asron call g tau yg dia ngan sham xcdent... ish tgk keta tu...side penumpang nmpk truk giler...apa pun kita doakan dia cepat sembuh...insyallah
____________________________________________________________________
Posted: Fri Sep 05, 2008 5:41 am
Post subject: Membe Nismoclub "Ameq Pomen" dah Meninggal - Al Fatihah
By: NOWAC

TQ Zaki,Cuma satu lagi nak cadangkan...
Dlm kita yg diluar nih sihat sejahtera dan dlm bulan yg mulia ini apa kata kita adakan satu sumbangkan apa yg patut,bukan utk keluarga ameq dan bukan sebab dia utara tapi utk sesiapa yg menimpa musibah,sebagai tanda sokongan dan keperihatinan kepada keluarga beliau..
Cuma pelaksanaan tu yg patut dibincangkan....
# individu yg menjalankan tugas..
#sumbangan iklas masa tt
#sumbangan iklas terus online..

sekadar cadangan...........
____________________________________________________________________
Posted: Mon Sep 08, 2008 8:17 am
Post subject: Membe Nismoclub "Ameq Pomen" dah Meninggal - Al Fatihah
By: lazyv6

Kalau apa yg Husny bg tau abg, keadaan nya masih sama.

Kalau kawan2 kita nak bayar zakat pada kengkawan kita yg ditimpa musibah ini, abg rasa boleh berbuat demikian. Tak salah. Dari segi hukum nya zakat kita sah. Cuma x ada resit la kalau nak tuntut rebet LHDN.

____________________________________________________________________
Posted: Tue Sep 09, 2008 11:52 am
Post subject: Membe Nismoclub "Ameq Pomen" dah Meninggal - Al Fatihah
By: Zaki_B13

Salam semua ...

Untuk makluman, aku baru dapat call dari ijun_b13 mengatakan ameq sekarang berada dalam keadaan kritikal di Hospital Sg.Buloh. Maklumat disampaikan kepada ijun oleh adik Ameq melalui rakan pomen ameq di jitra tadi.

Kepada siapa ada berdekatan & kelapangan bleh la pegi melawat, aku skang tengah dok ejas nak blah awal dari opis nak ke sana. Tapi masalahnya time melawat strict kat ICU, samada pegi time melawat tengahari atau blah petangnya. Time lain memang takbleh nak masuk

Tengahari - 1pm - 2.30pm (rasanya)
Petang - 4.30pm - 7pm (Acot dah konfemkan)

____________________________________________________________________
Posted: Tue Sep 09, 2008 1:54 pm
Post subject: Membe Nismoclub "Ameq Pomen" dah Meninggal - Al Fatihah
By: Zaki_B13

Aku ke hospital sekarang ... ameq baru meninggalkan kita semua baru taksat ... baru dapat call dari ijun... innalillah waiinna ilaihirajiun...
____________________________________________________________________
Posted: Tue Sep 09, 2008 2:06 pm
Post subject: Membe Nismoclub "Ameq Pomen" dah Meninggal - Al Fatihah
By: sang

Al-Fatihah. very2 sad day indeed. masa aku pegi ari tu nurse ckp dia koma tapi keadaan stabil. Apa2 pun.. hanya Allah yg maha mengetahui. Moga roh arwah dicucuri rahmat. Masa majlis buka posa nih.. sama2 lah kita mengumpul duit utk family arwah bagi meringankan beban mereka utk seketika. sama2 lah membantu.
____________________________________________________________________
Posted: Tue Sep 09, 2008 2:53 pm
Post subject: Membe Nismoclub "Ameq Pomen" dah Meninggal - Al Fatihah
By: ijun_b13

Al-Fatihah..semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang beriman..amin

-sedih gak aku dengar berita ni sbb aku masih ada sesuatu yg kami akan lakukan..x tahu apa yg aku nak katakan disini..!

DALAM KENANGAN KA001 (Asrol Amir)


____________________________________________________________________
Posted: Tue Sep 09, 2008 3:10 pm
Post subject: Membe Nismoclub "Ameq Pomen" dah Meninggal - Al Fatihah
By: ed_b13

Asrol Amir B. Ramli telah pulang ke Rahmatullah sebentar tadi pada jam 1.30ptg kerana terlibat dlm kemalangan jalanraya dan kini berada di Hospital Sg. Buluh.

Jenazah akan dibawa pulang terus ke masjid Napo dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Tebing, Masjid Napo, 06000 Mukim Hosba, Kedah. Kepada staf dan pelajar yang mempunyai kelapangan bolehlah berkunjung bg memberi sokongan moral kepada keluarga allahyarham.

Maklumat mengenai bila jenazah akan dikebumikan masih belum diperolehi. Sekian, untuk makluman awal semua.


-Al-Fatihah-

info dari UniMAP (adik beliau)

sekian....

____________________________________________________________________
Posted: Tue Sep 09, 2008 3:12 pm
Post subject: Membe Nismoclub "Ameq Pomen" dah Meninggal - Al Fatihah
By: cikgu at

Innalillahiwainnailaihirrojiun. alfatihah

untuk ahli penang sama2 kita pakat2 pi hantag jenazah. konvoy. kita tgu kat sg dua.. insyalah.

kawan2 len apa cerita?. saya harap dapatlah kiranya kita berikan penghormatan terakhir pada beliau.. insyalah

masa jenazah bertolak dr sg buluh saya xtau.kena tgu info dr bro zaki or acot. kalau naik van jenazah la.kalau naik flaight. nk buat mcmana.

____________________________________________________________________
Posted: Tue Sep 09, 2008 3:35 pm
Post subject: Membe Nismoclub "Ameq Pomen" dah Meninggal - Al Fatihah
By: Zam_B13

Al-Fatihah..........Amin.
Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman.

Aku sempat juga jumpa arwah dan htr keta pi servis beberapa hari sebelum xciden. Arwah nie peramah dan otai enjin Nissan nie. (tengok B13 beliau mmg ganas habis)....

Apa2 kenangan dgn arwah bersama2 dgn ahli NMC yg lain semasa TT akan dirindui selalu........

____________________________________________________________________
Posted: Tue Sep 09, 2008 3:37 pm
Post subject: Membe Nismoclub "Ameq Pomen" dah Meninggal - Al Fatihah
By: ed_b13

mengikut info dari adiknya Rahaton Azirah bt. Ramli
insyaallah jenazah akan bertolak dari sg buloh pada pukul 4.00 petang dan akan dikebumikan pada malam ni jugak mungkin selepas solat terawikh....

sekian...

____________________________________________________________________
Posted: Tue Sep 09, 2008 4:01 pm
Post subject: Membe Nismoclub "Ameq Pomen" dah Meninggal - Al Fatihah
By: Zaki_B13

aku dgn botak dah ada d hsptl dlm 1/2 jam td dgn famili ameq.skang ni cuma tgh tunggu polis dtg utk release.jenazah dimandi dan kafankan d sini.tepaksa sewa van jenazah dr luar sbb van sini smua dah kluar.macam ed bgtau.jenazah akan d bw terus ke masjid hosba changlun.d jangka dikebumikan selepas selesai trawikh.harap polis cpt dtg setel
____________________________________________________________________
Posted: Tue Sep 09, 2008 4:34 pm
Post subject: Membe Nismoclub "Ameq Pomen" dah Meninggal - Al Fatihah
By: ed_b13

semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat

____________________________________________________________________
Posted: Tue Sep 09, 2008 6:41 pm
Post subject: Membe Nismoclub "Ameq Pomen" dah Meninggal - Al Fatihah
By: Zaki_B13

.......Al-Fatihah.......

Jam 12 lebih krg dapat call dari ijun_b13.. "ki, depa kata ameq tengah nazak, kot2 nak p tengok" .... aku tekedu kejap, payah nak terima sebab lastweek p tengok keadaan dia stabil seakan ada harapan nak recover. Dalam hati dok kata "takpa..takpa... petang skit aku pi, rasanya tak serius kot". Tapi dalam jam 1.50ptg ijun call lagi, kali ni memang rasa tak sedap hati sangat2 dah.... " ki, ameq tadak dah " .... rasa macam tanak pecaya walaupun dah memang dok jangka. Tak banyak cita jumpa boss trus mintak balik awal terus ke sg.buloh.

Sampai sana sedara mara, ayah, mak & adik lelaki ameq dah ada sana semuanya. Arwah dah dibawa ke bilik jenazah untuk dimandikan. Tak lama lepas tu botak sampai, kat sana botak call mail_u12 jumpa kitorang kat situ, pastu acot pun sampai dari hospital selayang. Kitorang tunggu sampai kol 5pm lebh kurang, time tu urusan persiapan nak antar jenazah dah hampir selesai, lepas berjumpa famili ameq kitorang pun balik. Terkilan skit sebab tak dapat nak jumpa arwah sebelum dimandi & dikafankan.

____________________________________________________________________
Posted: Tue Sep 09, 2008 8:20 pm
Post subject: Membe Nismoclub "Ameq Pomen" dah Meninggal - Al Fatihah
By: botak

sebak sungguh tengok ahli keluarga arwah tadi... terutama bapa dia time aku bersalam nak balik. aku lagi lerr sebak... bukan bleh tngk org sedih2 mcm nih.

aku tak pernah jumpa arwah 'in person'. gambo ketika hayat jerr aku tngk time kat hospital tadi. zaki yg tunjukn gambo tuh time diaorg tt dulu. gambo tuh ada kat topic nih...

al-fatihah sekali lagi utk arwah & salam takziah utk semua ahli keluarga arwah.

____________________________________________________________________
Posted: Tue Sep 09, 2008 8:45 pm
Post subject: Membe Nismoclub "Ameq Pomen" dah Meninggal - Al Fatihah
By: Zaki_B13

Kronologi Arwah Ameq, Nismoclub & Aku

Aku mula kenal arwah lebih kurang 4..5 tahun lepas. Masa tu aku baru lagi join Nismoclub, di Utara blom sampai lagi nama Nismoclub. Di sana aku dengan bdin (cefiro A31, masa tu bdin keja sana – geng baru maybe ada tak kenal bdin mana satu) bincang nak tarik ahli join club, bdin yang memula kenal arwah, so bdin minta tolong arwah kumpulkan bebudak Nissan yang arwah kenal, kebetulan arwah memang pakai B13. First time gathering Nissan Kedah/Perlis/Penang masa tu dengan bantuan arwah & bdin dapat kumpulkan lebih 30 kereta, event ni memang aku ingat sampai bila2 sebab dari situ berkembangnya grup Nissan blah utara hingga besar macam skang ni. Masa tu gakla aku dengan “jakunnya” tengok keta arwah, enjin SR20 dengan meter digital (pertama kali tengok punyala hairan canggihnya B13 arwah) Masa tu baru aku tau rupanya arwah memang pomen & ada bengkel sendiri (shoot gambar gathering dengan SLR filem lagi masa tu, blom kenai dSLR lagi sang oiiii)

Dalam setahun lepas tu bila nak konbed enjin B13 aku, arwah la jadi tempat rujukan & minta pendapat. arwah juga yang cadangkan aku amik hafkat B13 GTS, keputusan yang memang aku tak nyesal.. puas hati. Seminggu ++ keta dah siap bleh jalan ngan enjin baru. Orang dah tau, kalau arwah pasang konfem takkan lebih dari seminggu, keja cepat & kemas. Bila Nismoclub makin besar, masa tu ramai la muka2 baru join macam ijunB13, hazrilY10, edB13 dan ramai lagi & depa ni juga aku angkut ke bengkel arwah. Dan makin ramai geng club konbed enjin di bengkel arwah… antara geng club yang aku masih ingat konbed/pasang enjin di sana (temasuk aku sendiri):-
- SR18 B13 aku
- SR16 B13 ijun
- SR16 B13 sham stedi
- SR18 Y10 hazril
- GA16 Y10 mrbaha
- GA16 B13 asron

Dan ramai lagi bebudak club yang p sana samada nak mintak nasihat/pendapat/servis ataupun saja lepak2 sembang pasal keta. Kalau bab keta, sembang lama mana pun arwah tak penah jemu. Memang arwah tak penah join xtvt besar club & tak ramai geng2 luar kenal dia sebab bengkel dia payah nak tinggal, kadang2 sampai ke pagi buta dok pulun repair keta lagi sorang2. Tapi kalau ada TT blah sana arwah akan ejas hadir jugak walaupun sekejap. Bila nismoclub dah register rasmi, aku bagi nombor ahli Kedah yang mula sekali .. K001 pada arwah sebab arwah lah orang Kedah pertama aku kenal join club.

Betapa sebaknya aku tulis cerita ni hanya Tuhan yang tau, tambah2 lagi bila tengok B13 aku, terus teringat arwah dengan budak keja arwah dok pulun siapkan keta aku dulu. Masa dok sana,kalau ada masa lapang ja mesti aku singgah saja2 minum & sembang ngan arwah kat bengkel, sampai bini aku pun bleh tanya kalau p blah Kedah ja…”nak singgah kedai ameq ka?” Paling sedih, kami geng utara baru saja tau arwah dah bertunang dan bakal bernikah dalam ujung tahun ni. Tapi semua yang berlaku dah memang ketentuan-Nya, dari Dia kita datang kepada Dia kita kembali. Kita sama-sama doakan supaya roh arwah dicucuri rahmaat-Nya di sana. Amin ya rabbal alaminnn…. Sad

____________________________________________________________________
Posted: Tue Sep 09, 2008 10:20 pm
Post subject: Membe Nismoclub "Ameq Pomen" dah Meninggal - Al Fatihah
By: NOWAC

semuga rohnya dicucuri rahmat....
Kehilangan yg amat aku terasa...
Banyak benda yg aku dapat lakukan bersama arwah....

____________________________________________________________________
Posted: Wed Sep 10, 2008 4:29 am
Post subject: Membe Nismoclub "Ameq Pomen" dah Meninggal - Al Fatihah
By: cikgu at

thanks bro baha... dan lain2... ramai sgt. walaupun saya xpernah kenal arwah,tp rasanya pengorbanan arwah tetap dalam ingatan pada semua yg mengenalinya. sebak juga td masa folow keter jenazah... dok byg juga, siapa dia? mcmna rupanya,cmna karektornya,, tp semuanya dah berakhir,,, xlupa juga pada tunangnya, sabar la byk2, dan pada familynya,, ini semua takdir ilahi, bersabarlah, bergenang ayag mata dah ni...
____________________________________________________________________
Posted: Wed Sep 10, 2008 8:55 am
Post subject: Membe Nismoclub "Ameq Pomen" dah Meninggal - Al Fatihah
By: D'B13

sedih...sedih..sedih...
aku dh planing dah klau aku nk tukaq enjin,kat ameq laa aku nk hntq keta aku..
sbab ijun habaq dia buat keja elok.. Sad
takziah pada kluarga ameq..

____________________________________________________________________
Posted: Wed Sep 10, 2008 9:08 am
Post subject: Membe Nismoclub "Ameq Pomen" dah Meninggal - Al Fatihah
By: ed_b13

al-fatihah...smlm ramai kawan2 yang membanjiri masjid & tanah perkuburuan untuk memberikan penghormatan terakhir untuk arwah...
slalu teringat kalau ajak arwah minum dia slalu oder nescafe ais huhu...arwah ni jenis yang pendiam tetapi kalau tanya masalah keta dia tak lokek nk bitau, sembang sampai ke malam pon xpa..byk sentuhan tgn dia kt keta geng2 utara ni..

____________________________________________________________________
Posted: Wed Sep 10, 2008 9:16 am
Post subject: Membe Nismoclub "Ameq Pomen" dah Meninggal - Al Fatihah
By: awang_u11

jenazah selamat dikebumikan jam lebih pukul 12 tgh mlm.
penghormatan terakhir dengan kehadiran tetamu,sanak saudara,rakan taulan seramai ratusan orang,mungkin menjangkau ribuan,cina melayu hindu,menggambarkan betapa arwah disenangi..betapa dia dihargai...

pemergian amet memang satu kehilangan yang besar..
kurang sorg pomen nissan,kurang sorang ahli nismoclub,kurang sorang kawan aku...

Doa aku,moga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya...amin...

____________________________________________________________________
Posted: Wed Sep 10, 2008 1:56 pm
Post subject: Membe Nismoclub "Ameq Pomen" dah Meninggal - Al Fatihah
By: alouqe_B13

Takziah!!!semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang² beriman...

aku budak baru dalam forum nie,walau pon xkenal arwah,bile bace posting zaki terasa sebaknye...
nie kan pulak korang² yang rapat ngan beliau...

hope family, tunang dan kawan² sekalian bersabar dan terima pemergian beliau dengan tabah...

Al-fatihah...

____________________________________________________________________
Posted: Wed Sep 10, 2008 4:10 pm
Post subject: Membe Nismoclub "Ameq Pomen" dah Meninggal - Al Fatihah
By: ijun_b13

aku x tahu nak cerita mcm mana kat sni..tapi yg aku tahu air mata aku je yg kuar..mmg amat sebak..aku x leh nak tulis disni mcm mana aku dengan dia..Sebak sgt...semoga arwah dicucuri rahmat..JASANYA dan ILMU ttp aku kenang!TERIMA KASIH!kalau bukan kerana beliau SR16 aku x jadi mcm ni...

aku sampai lewat..x sempat tgk jenazah disemadikan,yg aku sempat bacaan talkin ja..SEDIHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!aku duduk sebelah SHAM (diver/tuan AE86) dia sebak cakap ngan aku..dia kata 'nanti bila lapang kita sembang lain ya jun'...aku masih bayangkan AMEQ masih ada!tapi tuhan lebih menyanyangi arwah ameq...pkul 6am aku terima sms drp hazril bahawa dia x leh tidoq,dia masih teringat2kan ameq,mcm x percaya ja (aku x balas sbb aku pun sama)...itulah betapa kuat hubungan kami semua dengan amir...
Last skali baru2 nie aku p buat clutch kat arwah!alhamdulellah idea yg best dari beliau untuk memberi tujahan awal yg mantap dan aku amat berpuas hati..sedih weh!cukup lah kot kalau aku nak cerita laie sebak aku rasa!panjang lebar ttg projek aku ngan dia!biarlah semua itu menjadi kenangan aku ngan arwah!



gambar sewaktu aku p ambik keta aku baru lepas pasang clutch..last pic y dan terbaru yg aku ada! AL-FATIHAH!
____________________________________________________________________
Posted: Thu Sep 11, 2008 9:44 am
Post subject: Membe Nismoclub "Ameq Pomen" dah Meninggal - Al Fatihah
By: asron

Aku menyampai pesan dari keluarga arwah.. minta kepada sesiapa kawan2 arwah yang tahu arwah ada berhutang dengan sesiapa atau arwah ada berhutang dengannya tolong bagi tau keluarga arwah atau fuad pomen arwah.

Terima kasih...

Al-Fatihah....

Sad Sad Sad

____________________________________________________________________
Posted: Thu Sep 11, 2008 9:59 am
Post subject: Membe Nismoclub "Ameq Pomen" dah Meninggal - Al Fatihah
By: Zaki_B13

Kalau arwah konpom tadak utang apa2 ngan aku ... aku pun dah clearkan semua bil2 masa p wat/repair/servis kat dia dulu... yang pasti arwah slalu blanja kalau lepak minum ngan dia.... Sad Sad mesti sunyi 2 kedai makan kat sebelah kiri / kanan woksyop arwah skang ni.. dah tadak orang order "nescafe ais" biasa satu ... emmmm
____________________________________________________________________
Posted: Thu Sep 11, 2008 6:13 pm
Post subject: Membe Nismoclub "Ameq Pomen" dah Meninggal - Al Fatihah
By: ed_b13

lazyv6 wrote: mungkin sesiapa yg ada menyimpan gambar arwah boleh post kat cni. Sekurang2 nya kengkawan lain dapat kenal walaupun dah tiada.

____________________________________________________________________
Posted: Thu Sep 11, 2008 8:54 pm
Post subject: Membe Nismoclub "Ameq Pomen" dah Meninggal - Al Fatihah
By: Hazril_Y10

aku tak blh nak kata apa..
tak tau nak ucap apa...
tak tau nak cite apa...
apa yg aku tau, sedih tak dapat di selindung lg ketika membaca dan manaip sekarang ini...

hanya tuhan sj yg tau apa yg aku rasa..

tp apa kan daya. semua ketentuan tuhan..

semoga aruah di tempatkan di kalangan mereka yg beriman...


AMIN......
____________________________________________________________________
Posted: Mon Sep 15, 2008 12:09 am
Post subject: Membe Nismoclub "Ameq Pomen" dah Meninggal - Al Fatihah
By: halman

takziah buat keluarga beliau. walaupun x penah kenai tapi bila baca luahan hati kawan2 terasa cam beliau dekat plak ngan aku....apa2 pun semoga famili n kawan2 yg rapat tabah hadapi dugaan ni. alfatihah
____________________________________________________________________
Posted: Mon Sep 15, 2008 12:47 am
Post subject: Membe Nismoclub "Ameq Pomen" dah Meninggal - Al Fatihah
By: zul@nismo1277

kete aku pun Arwah pernah tolong repair masa over heat kat Aloq Setar
arwah juga yg tolong tukar&pasang manifold intake yg bocor tu.
masa tu aku lepak kat bengkel dgn bg musa & baru berkenalan dgn Hazril.
kira dah lama juga la kenal dgn arwah........
alhamdulillah aku dgn arwah takda utang apa2 pun
harap2 budi baik Arwah....hanya ALLAH SWT yg membalasnya.Amin.

____________________________________________________________________
Posted: Mon Sep 15, 2008 1:29 pm
Post subject: Membe Nismoclub "Ameq Pomen" dah Meninggal - Al Fatihah
By: Zaki_B13

ed.. aku balik raya ni set geng2 kita ke umah orang tua amek, kita p serah duit sumbangan yang dikutip. Try ejas hari ahad.. sebab sabtu pagi 27hb tu aku dah gerak balik kg. Bengkel arwah wajib aku kena singgah.... rasa macam ada benda tak selesai selagi tak bleh p worksyop tu...
____________________________________________________________________
Posted: Mon Sep 22, 2008 9:28 am
Post subject: Membe Nismoclub "Ameq Pomen" dah Meninggal - Al Fatihah
By: whitemusk2508

Salam semua..saya KakCik, adik kedua Arwah Amet (Asrol Amir Bin Ramli). Sad Sebak sangat bila baca hasil tulisan rakan-rakan Arwah. KakCik mewakili kami sekeluarga mengucapkan Terima Kasih yang tak terhingga diatas sokongan, bantuan & penghormatan terakhir yang diberikan oleh rakan-rakan kepada Arwah. Kami sekeluarga amat terharu dengan sumbangan yang rakan-rakan Arwah dah sumbangkan, walaupun tak ada harta yang tinggi nilainya untuk gantikan tempat Arwah. Memang amat terasa kehilangan yang cukup besar dalam keluarga, tapi kami redha pemergiannya menghadap Illahi.

Sempena hari raya yang akan kunjung tiba tak lama lagi, KakCik mewakili Mak Ayah serta keluarga, ingin menjemput rakan-rakan Arwah ke rumah kami bagi memeriahkan hari lebaran tahun ni. Sekurang-kurangnya, kami boleh rasakan kehadiran dia dengan adanya rakan-rakan Arwah bersama kami. Kami sekeluarga dah anggap semua rakan-rakannya macam adik-beradik kami sendiri. Walaupun Arwah dah tak ada, harap-harap ikatan kekeluargaan tak terputus.

Kepada rakan-rakan Arwah, sekiranya Arwah masih ada hutang, tolong bagitau pada kami sekeluarga. Biarlah dia tenang & sejahtera disana.

Disini KakCik sertakan alamat & no. telefon untuk dihubungi sekiranya ada yang sudi berkunjung sempena hari raya kali ni.

Alamat:
Kak Long (Kakak Arwah) & Abang Zam (Abg Ipar Arwah),
No. 79, Jalan Angsana 2,
Taman Angsana, Lebuhraya Bkt Kayu Hitam,
06010 Changlun,
Kedah.

Telefon:
0174138018 (Ayah Arwah)
0175633918 (Kak Long)
0134543203 (Abang Anuar)

Terima Kasih Semua..

____________________________________________________________________
Posted: Mon Sep 22, 2008 9:47 am
Post subject: Membe Nismoclub "Ameq Pomen" dah Meninggal - Al Fatihah
By: yuck2kiss

Salam kakchik.

First of all Takziah atas pemergian arwah.
Kita yg hidup mesti teruskan walaupon kehilangan tu amat perit utk di terima.

InsyaAllah kami di Nismoclub akan prihatin kepada semua rakan² kelab tak kira jauh atau dekat..kalau dekat boleh di jenguk ziarah, yg jauh hanya doa yg mampu di utuskan.

Terima kasih atas undangan dan InsyaAllah ada rakan2 yg berdekatan yg akan bertandang ke rumah nanti..


p/s: mod dan admin, user ni di kecualikan dari Salam Perkenalan.

____________________________________________________________________
Posted: Mon Sep 22, 2008 10:36 am
Post subject: Membe Nismoclub "Ameq Pomen" dah Meninggal - Al Fatihah
By: Zaki_B13

InsyaAllah kakcik, kami akan cuba tunaikan hajat kakcik pi beraya di rumah nanti. Saya memang akan selalu jengok topik ni, tiap kali tu juga la tak bleh nak tahan sedeh kalau masuk topik ni.
____________________________________________________________________

Terima Kasih yang tak terhingga dari kami sekeluarga kepada Rakan-Rakan Arwah..semoga hubungan silaturrahim antara kita tak akan terputus hingga akhir hayat.

2 Comments:

Anonymous said...

haha ja toevalligD3 Items is actually hij binnenkort echt inhuurbaar! Dan zal ik zeker possibly p link naar zijn web site vermelden op mijn weblog, dan kan straksRS Gold iedereen zulke mooie foto's lorrie zichzelf hebben!

Anonymous said...

Каждый автомобилист любит своего железного коня и по-всякому пытается улучшить свое авто так, чтобы он был совсем индивидуальным и как нельзя лучше подходил своему хозяину. Профессионалы guru-tuning.com способны помочь найти самый подходящий комплект для любой модели машины. Профессионалы нашей компании могут предоставить необходимую информацию о товарах, объяснить, в чем различие между известными производителями, к каким машинам они подходят, а ещё о том, как можно устанавливать и эксплуатировать такие элементы.
[url=http://guru-tuning.com/goods/diski-hamann-bmw-3-series-e93-cabrio.html]диски спицы[/url]
[url=http://guru-tuning.com/goods/diski_shini_Range_Rover_Sport_b.html]ленд ровер спорт тюнинг[/url]

С помощью таких элементов можно сделать автомобиль своеобразным и модным за вполне небольшие средства.
[url=http://guru-tuning.com/goods/diski-audi-q7-b.html]диски хаманн r22 audi[/url]

Тюнинг автомобилей – это создание совершенного и эксклюзивного проекта для всех, кто желает иметь авто красивее и привлекательней, чем у других. Мы готовы взять на себя решение данного вопроса. Мы гордимся тем, что можем предложить своим заказчикам только качественные услуги, которые начинаются с консультаций по выбору направленности автотюнинга и предоставления оперативной информации о любых новинках в этой области до профессионального технического обслуживания и кузовного ремонта автомашин всех марок, как российских, так и зарубежных.
[url=http://guru-tuning.com/goods/BRABUS-Mercedes-Benz-Viano-W-639.html]brabus mercedes benz viano w639[/url]